Kutipan karangan di bawah ini beroleh daripada hasil tulisan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dalam Seharian. Karangan termaktub ini ditulis oleh pelajar-pelajar Princess of Naradhiwas University (PNU) sesi pertama pada tahun 2013.
Roheeman Jekberaheng 5560903009
Major Pengajian Islam
Apabila semua ditaati maka baiklah semuanya, kita sebagai makhluk Allah mestilah dijagakan, sepertimana kita akan buat satu binaan yang cantik, tetapi tidak jaga kebersihan, binaan itupun sangat kotor, begitulah jikalau kita kasih bumi yang indah, marilah kita sama-sama jagakan bumi kita, janganlah kita itu mengkhianatkan harta benda yang berada dalam bumi ini.
Bumi adalah milik Allah, kita tidak boleh buat milik untuk peribadi, bumi yang indah masih ada manusia yang baik sesamanya, tidak kiralah mengkhianat binatang, tumbuhan dan sebagainya. Kita mesti dijagai dan dihormati, jikalau semua diteraturkan nescaya negara kita akan maju, dan bumipun akan indah.
Muslimin Dolloh 5560903001
Major Pengajian Islam
Dalam cakerawala ini ada bintang yang cantik, tetapi manusia tidak boleh sampai ke sana. Ahli sains mangatakan, di atasnya tidak ada oksigen sedangkan manusia perlu kepada oksigen apabila tidak ada oksigen manusia binatang dan pokok-pokok kayunya tidak boleh hidup. Walau bagaimanapun di atas dunia ini banyak permusuhan-permusuhan, tetapi jika kita bersepakat membina dunia ini hingga menjadi aman damai, perkara yang indah dan yang cantik akan timbal di dunia ini.
Walaupun di sana ada apa yang cantik daripada dunia, tetapi di sana juga tidak ada benda yang cantik seperti dunia punya.
"setiap macam bunga berkembang,
setiap hari burung berterbang;
setiap hari banyak bintang-bintang,
setiap kali saya memandangkan. "Indahnya Bumiku"
Halimah Mading 5560903012
Major Pengajian Islam
Kita semua janganlah membuat kotor di atas bumi ini supaya di atas bumi ini akan menjadi bersih dan tidak ada penyakit. Kita semua hendaklah cinta-mencintai kepada bumi ini. Bumi ini indah kerana Allah kalau bumi kotor manusialah yang membuat kotor. Bumi ini ada dengan bukit-bukau, gunung-ganang, sungai, laut dan sebagainya yang dikuasai oleh Allah. sekarang banyaknya bangunan yang besar dan tinggi yang dibuat oleh manusia. Di atas bumi ini yang menjadi perhiasan bumi dan di atas langit ada dengan bulan, bintang, matahari yang menjadi perhiasan kepada langit inilah keindahan bumi kita.
Keindahan bumi tidak akan hilang semakin hari semakin indah. ketika bangun pagi nampak ambun, masuk malam nampak bintang membuat otak kita cergas apabila melihat keindahan bumi kita.
Major Pengajian Islam
Bumi juga boleh di ibaratkan seperti rumah. Di dalam rumah kita ada almari, tangga, bilik tidur, bilik tetamu, lebih-lebih lagi di halaman depan rumah yang menambahkan kecantikan, iaitu pokok kayu dan bunga yang berwarna. Begitu jugalah bumi kita di hari ini bahawasanya kita boleh mengambil fikir tentang kejadian tuhan yang ada berlainan seperti tangga di dalam rumah, alat kenderaan di jalan raya supaya menyenangkan kita di dalam musafir. Seperti jug bunga di depan halaman rumah berwarna-warni apabila di luar ada warna lainan yang menyenangkan hatiku. lebih lagi langit warna biru dan tumbuhan tumbuhan warna hijau, alam sekitar pun boleh menyenangkan hatiku dan lain-lain lagi membawa kepada keindahan bumiku.
Sebab itulah kita sebagai manusia apabila melihat bumi bukan sekadar untuk merasa keindahannya saja. sepatutnya kita kena mensyukuri dan mengambil berat tentang kejadiannya.
Major Bahasa Arab
Pertama kali syukur kepada Allah yang dapat hidupkan kita dalam bumi yang paling indah sekali, iaitu Bumiku (Fathoni). Bumi yang subur bumi yang kaya dan bumi yang berasal mempunyai masyarakat yang damai. Bumi yang mempunyai pokok kayu yang subur, berbukit bukau dan bersatu kehidupan rakyat walaupun sekarang bukan milik kita, tetapi kita tetap bersatupadu. Bumiku yang mengalir air yang jernih, berbagai-bagai sungai yang luas dan laut yang indah apabila lihat keadaan suasana yang indah rasa tenang hati sekali tuhan sudah menciptakan bumi yang indah untuk hambanya.
Mestilah kita berjaga dengan baik-baik bukan supaya untuk mengkhianat saja. Manusia sekarang ada juga yang tidak mencintai ataupun kasih bumi mereka itu. sedangkan bumi itu tempat tumpah darah mereka. mereka tidak mempeduli bumi sendiri biar orang lain di rampaspun mereka tidak merasakan sayang terhadap bumi mereka sendiri.Bumi tidak akan indah jikalau manusia tidak menghargainya, tetapi tetap bagi hati kita. Bumi yang kita telah dijijak ataupun duduk sekarang sebenarnya indah sekali bagi kita walaupun sekarang telah berlaku apa sajapun. Indahnya Bumiku (Fathoni).
___________________________________________________________________________
Abdullah Ming 5560902026
Major Bahasa Arab
Bumi ini adalah bumi tempat lahirku, tempat lahir ayahandaku yang tercinta, tempat yang lahir ibundaku yang tersayang dan tempat lahir adik beradik di dalam keluargaku. Bumi inilah sebagai tempat kediaman keluargaku. Dari hasil-hasilan bumi ini menyebabkan dapat memeliharakan keluarga saya. setengahnya sebagai menjadi tempat kediaman, tempat cucuk tanam, tempat gembala binatang ternakan dan tempat perkebunan.
Bumi ini dikatakan bumi yang penuh dengan kesuburan. Bumi ini dihiasi dengan bukit bukau yang berpaku permukaan bumi. Pokok-pokok yang berhijauan sebagai penyegaran mata. Air terjun sebagai tempat yang dapat sedut udara yang bersih dan menyejukan mata. Musim juga begitu sesuai tidak terlajak sejuk hingga airnya menjadi beku. Panaspun tidak terlalu teruk hingga tanah-tanah menjadi pecah. Bumi inilah sebagai tanah airku. Bumi yang memenuhi dengan penduduk yang mesra. Hidup secara jiran tetangga dan berwaspada tidak terlalu senang dan terlalu susah. Indahnya bumiku yangku cintai.